ABOUT US

 

Nama Rasmi syarikat yang telah didaftar ialah SZA Resources. Ditubuhkan pada 25 Disember 2007.

Fokus kami ialah produk wedding favors terutama bunga sabun, lilin wangi dan towel gift set yang pelbagai warna dan design. Jenis dan design wedding favor produk akan diperbanyakkan dari semasa ke semasa. Kami memilih wedding favor sebagai produk perniagaan kerana ingin mempelbagaikan lagi pilihan produk wedding favor untuk bakal pengantin dan akan mencari sesuatu yang baru dan lain dari yang lain.

Produk barangan tidak semestinya untuk perkahwinan sahaja, boleh juga untuk majlis-majlis yang lain. Anda boleh membuat tempahan melalui online di website (kemudahan yang paling baik untuk mereka yang sibuk bekerja). Penghantaran produk percuma untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Design dan warna bunga boleh mengikut citarasa/kehendak pelanggan. Tempahan perlu dibuat selewat – lewat 40 hari sebelum majlis supaya proses pembuatan dapat dilakukan dengan lancar dan lebih awal sebelum majlis berlangsung.

Walaupun baru, tetapi kami telah mendapat beberapa tempahan kebanyakannya melalui online. Kami sedang berusaha meluaskan lagi pasaran ke seluruh malaysia, brunei dan singapura. Yang ingin menjadi Pengedar dialu2kan, tak kira sama ada individu atau company yang berminat.

Cenderahati Tetamu Istimewa,
Satu Kelainan, Memori di Ingatan